Laman Utama · Semasa · KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN

KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN

Perhatian kepada Guru Besar SK/ SJKC/ SJKT,

Merujuk kepada surat JPNS.SPA.KUR700-5/21Jil.03(21) bertarikh 4 Disember 2012 serta surat BPK, KPM KP(BPK)600-5/2(73) bertarikh 20 November 2012.

Kajian Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) dalam talian melibatkan instrumen soal selidik untuk dijawab oleh pentadbir dan semua guru yang mengajar semua mata pelajaran KSSR Tahun 1 dan 2 di setiap sekolah rendah seluruh negara.

Sila lengkapkan instrumen ini di sesawang http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-pentadbir dan http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru

Tarikh akhir adalah pada 30 Januari 2013.

Sila berhubung dengan Pn.Norlida bt Mohd Tasar (Penyelia KSSR, JPNNS) 06-6722934/ 017-2975735 atau En. M. Nadaraja (Unit Penilaian Sektor Dasar & penyelididkan, BPK) di talian 013-2359347.

Sekian terima kasih.

05.12.2012. 16:40